Automate your Marketing
with Womplify




 
CAHAYA HATI IBU DAN ABAH: NURIMAN AINA & IMAN AJMAL

By: iman alwiera

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 18-Oct-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Si Gadis Kecil Berbaju Merah

Lokasi: Playground @ Seri Tanjung,Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

















Sunday, 17-Oct-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Langkah Pertama : Iman Ajmal

Ajmal mula melangkah berjalan pada usia 13 bulan...
Alhamdulillah..Tuhan kurniakan ibu seorang anak yang sihat dan sempurna...
teruja juga mula-mula tengok Ajmal mengatur langkah..
ada kala nya terjatuh...tersungkur...kemudian merengek dan menangis
tapi tak lama lepas tu, bangun dan terus melangkah lagi...
Tahniah sayang...nanti boleh la main kejar2 dengan kakak Iman kan




















Sunday, 12-Sep-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Birthday Ajmal @ Rumah Nenek

Disebabkan birthday Ajmal jatuh pada bulan puasa...jadi terpaksa la tunda buat birthday
party dia masa raya...
sebab masa raya, dah tentu semuanya balik kampung...jadi ibu buat keputusan
untuk adakan sambutan birthday Ajmal ni kat rumah nenek je..
majlis serba sederhana je...cuma jemput keluarga abah di kampung dan jiran2 terdekat...
malam tu nenek sediakan bihun goreng dan set nasi tomato
gambar tak banyak sangat sebab birthday boy meragam...
yang over seronok, kakak Iman la...mcm birthday party utk dia la pulak

sebelum majlis, ada juga bacaan tahlil...tp ibu tak sempat ambil gambar..
Insya-Allah..semoga dimurahkan rezeki...dapat lagi adakan majlis ni pada tahun depan...































Saturday, 11-Sep-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
AIDILFTRI 2010 : BERSAMA KAWAN LAMA

Tahun ni menjadi sejarah sebab dapat beraya dengan kawan2 sebijik macam zaman sekolah dulu2...
petang raya pertama...kawan2 ex SMPP datang beraya ke rumah nenek..lepas tu kami ramai2 konvoi pergi rumah kawan2 yang lain pulak..
tu pun tak puas lagi beraya sebab dah nak maghrib...





Raya kedua pulak...beraya sama-sama kawan2 ex SMJ
disebabkan abah pun sama sekolah dengan ibu, jadi kawan abah adalah
kawan ibu juga..
senang camtu..kawanku kawanmu jua ..hihi

memula pergi rumah kawan2 area kampung ibu je..lepas tu pergi jauh sikit dan
last sekali sampai ke bandar Jerantut
macam2 dugaan masa beraya ni...ada yg anak muntah, ada rumah kawan
yang black out dan ada kawan yg pakciknya meninggal (Alfatihah..)
walau apa pun dugaan...tapi tetap rasa seronok sebab dapat berkumpul ramai2
macam ni...














Friday, 10-Sep-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
CAHAYA AIDILFITRI 2010

Aidilfitri 2010 akhirnya muncul jua..
kali ni terasa lebih meriah sebab Ajmal dah makin besar...
tahun lepas, ibu beraya dlm keadaan 'berpantang'...jeles tengok org makan ketupat,
rendang...
tapi tahun ni dah boleh makan macam2 dan boleh jalan rmh kawan2...

pagi raya, seperti biasa..selepas solat Aidilfitri, kami semua berkunjung ke
pusara arwah atuk (ayah ibu)...
dah 5 tahun arwah pergi..
dalam bergembira meraikan Aidilfitri...ingatan pada arwah tak pernah padam..
Al-fatihah...

keluarga ibu tak ramai..ada ibu, pak ngah & pak lang saja
tapi bila dah berkumpul macam ni, terasa juga meriahnya...
semoga Tuhan panjang kan usia kami dan dapat berkumpul macam ni
lagi pada Aidilfitri tahun depan..Insya-Allah....
























[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net